nuffnang

Saturday, February 29, 2020

7 Netizen

Pengarah: Jamal Khan
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Azri Sabri, Aepul Roza, Kak Girl, Mat Over.

Sinopsis: (https://gempak.com/berita-terkini/selebriti-jadi-sasaran-7-netizen-punca-kematian-seorang-lelaki-28704)

Buli siber semakin meningkat di kalangan pengguna laman sosial atau netizen.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari ia penyebab kepada mangsa buli untuk mengalami kemurungan atau depresi.

Seperti Telefilem berjudul 7 Netizen yang akan ditayangkan di Astro Citra (saluran 131), kecaman yang dilakukan di alam maya telah menjadi punca kematian seorang lelaki.

Namun ia tidak tamat disitu sahaja kerana adik kepada lelaki mangsa buli tersebut, Alif telah mencari identiti sebenar tujuh orang netizen yang terlibat membuli abang kesayangannya di media sosial sehingga membunuh diri.

Malah, seorang demi seorang dari mereka telah dibunuh dengan kejam!

Nadia, ketua kumpulan 7 Netizen meminta ahlinya untuk berhenti tetapi nasi telah menjadi bubur. Mereka terus diburu dan dibunuh.

7 Netizen bergiat aktif mengecam dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti di media sosial dan menjadikan artis sebagai sasaran mereka.

Dalam pada itu, Nadia telah meluahkan segalanya kepada Alif, lelaki yang dicintainya. Tetapi kini Nadia adalah buruan iaitu netizen yang terakhir.



Aku Mahu Saiz XL

Tajuk: Aku Mahu Saiz XL
Penulis: Ain Maisarah, Mama Bella
Terbitan: Blink Book Sdn Bhd

Blurb

Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!
 
Liyana Jasmot, Umie Aidah & Nurismimi – Obses menjaga badan, kini terikat menjalani Program Skim Paksaan Makan. Digoda dengan hidangan buffet lima bintang. Mungkinkah mereka menahan nafsu makan? Ataupun akhirnya akur saiz hanyalah persepsi masyarakat?
 
Aaron Hamirun – Diejek papan plywood bergerak. Tubuhnya sekeping tiada otot berombak. Lalu jamu ditelan dan suplemen protein disumbat. Dia perlu besarkan badan bagi mendapat gelaran Abang Ketul berotot hebat. Mampukah impiannya tercapai?
 
Syazel Zulkarnain – Depresi kerana pemergian Mimi Monira. Kini coklat dan aiskrim jadi teman setia. Tanpa sedar, badannya melebar! Mencapai saiz XXL yang merbahaya. Hingga membawa insiden jatuh meja! Syazel bergelut mengurangkan berat badan. Dia mahu turun saiz XL, itu matlamat utama!
 
Mampukah segala kemahuan dicapai? Ketahui kisah Aku Mahu Saiz XL, novel berinformasi buat semua!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails