nuffnang

Saturday, June 29, 2019

Krisalis

Judul: Krisalis
Penulis: Nabil Fariz Aiman
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Blurb


Krisalis merupakan sebuah akademi pendidikan elemental bagi para pelajar yang berbakat dan cemerlang. Bagi Razlan, Krisalis membantunya lari daripada kisah silamnya. Seorang pelajar yang serba sederhana, apa yang diinginkan oleh Razlan hanyalah menamatkan pengajian dan kemudian mengubah nasib dirinya dalam kehidupan yang aman damai. Namun, semua itu berubah apabila rakan karibnya, Helena diculik dan Razlan terpaksa keluar dari kepompong keselesaan dan kesederhanaannya itu demi menyelamatkan rakannya itu. Dari situlah dia bertemu dengan Suraya, gadis dari Darmenia Sahara yang turut serta dalam pengembaraan Razlan dan sedikit sebanyak mengubah persepsi hidup Razlan yang serba sederhana itu. Siapakah sebenarnya dalang di sebalik penculikan itu? Mengapakah Suraya mahu mengikut Razlan untuk menyelamatkan Helena? Apa yang pasti, penculikan itu hanyalah satu titik tolak kecil bagi sebuah pengembaraan epik yang baru sahaja bermula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails