nuffnang
Saturday, February 15, 2014
Wednesday, February 12, 2014
Love You Mr. Arrogant
Director: Eoon Shuhaini
Cast: Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo
Synopsis: (http://ms.wikipedia.org/wiki/Love_You_Mr._Arrogant)
Drama bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee
Khairi) dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil
yang tidak disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000
sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan
dia dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya
untuk memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan
Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak
berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings
akan jatuh ke tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang
dibangunkan oleh keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia
sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup
menghubungi ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan
Zaara sedang bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara.
Perbuatan Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya
Irham sengaja menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah keluarga meskipun tiada perasaan cinta
terhadap lelaki asing dalam hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka
bahawa keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai
ego Irham. Malam pertama sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak
membenarkan Zaara tidur sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa
akur berdepan dengan layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam.
Walaupun Irham nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan
Irham mula mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya
dari disakiti oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka
diuji dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat
Zaara yang psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah
jahat demi mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan
sentiasa berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan
dihimpit dengan tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang
disahkan mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam
meminta Irham agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry.
Mengenangkan kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan
Zaara mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit
dengan keadaan yang menghimpit dirinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Azlee Khairi
Zara Zya
Labels:
Azlee Khairi,
drama,
Hanez Suraya,
Keith Foo,
Zara Zya
Monday, February 10, 2014
Sunday, February 9, 2014
Frozen
Director: Chris Buck, Jennifer Lee
Cast: Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad, Santino Fontana
Synopsis: (http://www.gsc.com.my/Movie-Synopsis/Frozen/)
Fearless optimist Anna (voice of Kristen Bell / Liyana Jasmay) sets off
on an epic journey—teaming up with rugged mountain man Kristoff (voice
of Jonathan Groff) and his loyal reindeer Sven—to find her sister Elsa
(voice of Idina Menzel / Marsha Milan), whose icy powers have trapped
the kingdom of Arendelle in eternal winter. Encountering Everest-like
conditions, mystical trolls and a hilarious snowman named Olaf (voice of
Josh Gad / Ray Era FM), Anna and Kristoff battle the elements in a race
to save the kingdom.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
and my favourite character
Subscribe to:
Posts (Atom)