nuffnang

Saturday, September 19, 2020

Siri Cerita Hantu : Puaka Jambatan


Tajuk: Siri Cerita Hantu : Puaka Jambatan
Penulis: Aida Anggerik, Siti Solehah, Pn Fakarina
Terbitan: Penerbit X


Jambatan Lama (Aida Anggerik)
Akibat terdesak ingin dicepatkan jodoh, Suryani, Hazlin, Fieda sanggup ke jambatan lama yang dilarang sama sekali oleh nenek Suryani. Tidak lama selepas itu mereka bertemu jodoh masing-masing dan ada yang berkahwin. Tetapi kejadian aneh mula berlaku...


Maut Menggamit (Siti Solehah)
Firdaus, Ujang, dan Joe rakan serumah yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia. Mereke mula kenal ketika mendaftar di Fakulti Kejuruteraan. Mereka diberi tugasan untuk mengkaji struktur binaan jambatan  yang berusia lebih dari 30 tahun. Firdaus meminta untuk pulang ke kampung sebelum memulakan kajian mereka dengan alasan untuk berjumpa ustaz kerana dia tidurnya sering terganggu. Firdaus tergesa-gesa pulang ke kampung apabila menerima panggilan ayahnya dimasukkan ke ICU. Dalam perjalanan pulang ke kampung itu mulalah berlaku kejadian aneh...


Misteri Jambatan Kereta Api (Pn Fakarina)
Ashraf membuat keputusan untuk mengkaji Jambatan Kereta Api Pinang Tunggal untuk kertas kerja Sejarah Setempat. Medan dan Fuad tidak bersetuju kerana bimbangkan keselamatan Ashraf dan mendakwa tempat itu 'keras'. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails