Penulis: Umi Danial
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Blurb
Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?
Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM! Alya tidak perlu sibuk belajar lagi. Tidak perlu buka buku lagi! Sukanya! Mahu lakukan aktiviti apa sepanjang tiga bulan ini? Perlu buat pilihan!
Kata ibu, belajar memasak dengannya. Kata kakak, pergilah mencari pengalaman baru. Kata abang... abang tidak membantu langsung! Kata nenek, ambillah lesen motosikal. Kata ayah, pilihan di tangan Alya.
Apakah pilihan yang diambil oleh Alya?