nuffnang

Saturday, July 30, 2016

Lain Penerbit Lain Kriteria


Lain penerbit lain kriteria yang diperlukan!
Selidik terlebih dahulu sebelum menghantar manuskrip :)

Thursday, July 28, 2016

Aku Mahu Seoul Mate

Tajuk: Aku Mahu Seoul Mate
Penulis: Ain Maisarah, Rashiela Nurain
Terbitan: Blink Book Sdn Bhd

Demam Korea dan K-POP melanda Sri Bangsar!

Satu sekolah kecoh apabila Pusat Sumber Sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan ke Korea. Ina yang memang fanatik habis, tidak melepaskan peluang menyertai. Tuah menyebelahi, dia berjaya menang apabila slogan yang dicipta menarik hati juri. Namun malangnya, dia perlu pergi ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga, musuh paling ketatnya!

Siapa sangka... Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia boleh menang peraduan berunsurkan buku dan ilmiah?

Ina gelisah, Fazura senyum penuh makna. Ina baru pertama kali ke Korea, Fazura pula sudah berkali-kali ke sana. Penerbangan Fazura ke Korea kali ini juga membawa misi. Dendam The Wannababes kepada Ina dan Farah masih berapi.

Namun semua bertukar 360 darjah selepas Ina dan Fazura makan biskut rahsia. Apa misteri di sebalik biskut yang dimakan itu? Benarkah kerana biskut itu Ina dapat bertemu lelaki Korea pujaan hatinya? Fazura ptula menerima nasib yang tidak pernah disangka-sangka? Semuanya akan terjawab dalam Aku Mahu Seoul Mate.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails