nuffnang

Friday, August 14, 2009

Bahasa Melayu

A

Abah-abah— alat, perkakas, tali-temali
Abnus— kayu arang

C

Cicip→ berbunyi seperti burung


D


Destinasi→ tempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu


K


Komunikasi→ perhubungan sama ada secara langsung atau melalui perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain.



M

Melilau→ memandang ke sana ke mari

P

Prasangka→ sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya


R


Rasional→ alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan



S

Seraya→ sambil, serta

T

Tempelak→ cela atau cerca yang pedas dengan membangkit-bangkitkan keburukan

Tempik→ teriak yang kuat, pekik yang kuat

Terkesima→ tercengang, termangu-mangu, hilang akal

Sumber: Kamus Dewan

Tuesday, August 11, 2009

Biar Rindu Berlalu



Tajuk= Biar Rindu Berlalu

Penulis= Sharifah Abu Salem

Terbitan= Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad

Jumlah muka surat= 580

Mula baca= 7th May 2009 Tamat baca=19th July 2009



Novel ini mengisahkan perbalahan anak-anak yang tidak dapat menerima ibu bapa mereka akan berkahwin lagi dalam usia senja.

Percintaan Khalil dan Samirah mendapat tentangan dari anak-anak masing-masing. Perancangan perkahwinan mereka menyebabkan permusuhan antara Nasrul, anak Samirah dan Fatiha, anak Khalil. Masing-masing ego dan sentiasa menyakiti hati masing-masing. Ditambah pula Suhana yang turut ingin merebut cinta Khalil. Malah, ibu mertua Khalil turut membantah kerana menganggap cinta Khalil terhadap anaknya tidak suci disebabkan ingin berkahwin lagi, walaupun isteri Khalil telah meninggal dunia.

Pelbagai rancangan yang diatur Suhana untuk memenangi hati Khalil. Namun, cinta Khalil hanya untuk Samirah. Cinta Khalil dan Samirah menghadapi pelbagai rintangan. Anda ingin tahu sama ada mereka berjaya atau tidak mengharungi pelbagai rintangan itu? Dapatkan segera di pasaran....

Monday, August 10, 2009

Semangat Patriotik

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





Sempena bulan kemerdekaan ini sy juga tak nak lepaskan peluang untuk mengibarkan jalur gemilang...

Teringin pula nak nyanyi lagu 'Jalur Gemilang'. Dulu nyanyi waktu sekolah je, tapi sekarang dah lama tamat belajar... nyanyi kat sini pun boleh la...Jom nyanyi sama2.

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x)
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Arghh....

Arghhh... komputer rosak lagi! Nampaknya semua manuskrip terpaksa ditangguhkan lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails