nuffnang

Tuesday, August 11, 2009

Biar Rindu Berlalu



Tajuk= Biar Rindu Berlalu

Penulis= Sharifah Abu Salem

Terbitan= Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad

Jumlah muka surat= 580

Mula baca= 7th May 2009 Tamat baca=19th July 2009



Novel ini mengisahkan perbalahan anak-anak yang tidak dapat menerima ibu bapa mereka akan berkahwin lagi dalam usia senja.

Percintaan Khalil dan Samirah mendapat tentangan dari anak-anak masing-masing. Perancangan perkahwinan mereka menyebabkan permusuhan antara Nasrul, anak Samirah dan Fatiha, anak Khalil. Masing-masing ego dan sentiasa menyakiti hati masing-masing. Ditambah pula Suhana yang turut ingin merebut cinta Khalil. Malah, ibu mertua Khalil turut membantah kerana menganggap cinta Khalil terhadap anaknya tidak suci disebabkan ingin berkahwin lagi, walaupun isteri Khalil telah meninggal dunia.

Pelbagai rancangan yang diatur Suhana untuk memenangi hati Khalil. Namun, cinta Khalil hanya untuk Samirah. Cinta Khalil dan Samirah menghadapi pelbagai rintangan. Anda ingin tahu sama ada mereka berjaya atau tidak mengharungi pelbagai rintangan itu? Dapatkan segera di pasaran....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails