nuffnang

Saturday, May 12, 2018


Friday, May 11, 2018

Kampung Kuala Lambat

Director: Melissa Saila
Script Writer: Megat Fauzi Isa
Cast: Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Melissa Saila, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Ashraf Muslim, etc

Synopsis: (http://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/04/sinopsis-telemovie-kampung-kuala-lambat.html)


Kampung Kuala Lambat bagai mengalami sumpahan apabila lelaki yang berkahwin muda akan mati di hari pernikahan mereka namun kejadian ganjil ini tidak berlaku kepada lelaki yang berusia 60 tahun ke atas. Hal ini menyebabkan ramai perempuan muda di kampung tersebut terpaksa berkahwin dengan lelaki tua kerana tiada pilihan lain. Seorang perempuan cantik di kampung tersebut yang bernama Jamilah (lakonan Uqasha Senrose) memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya (lakonan Ashraf Muslim), orang tua di kampung tersebut iaitu Saadon (lakonan Khir Rahman), Maarof (lakonan Imuda), Dewa (lakonan Sabri Yunus) dan Temah (lakonan Azizah Mahzan) telah menasihati kekasih Jamilah supaya membatalkan perkahwinannya jika tidak mahu mati di hari pernikahannya, namun kekasih Jamilah degil dan meneruskan perkahwinannya lalu mati. Ketiadaan kekasih Jamilah membuka peluang pada Dewa yang masih bujang dan berhasrat ingin berkahwin dengan Jamilah. Dewa mewakilkan Saadon untuk pergi berjumpa dengan ayah Jamilah (lakonan Harun Hashim) untuk meminangkan Jamilah untuknya. Saadon yang menghidap penyakit Alzhemier's akhirnya terlupa tentang hasrat Dewa itu lalu meminangkan Jamilah untuk dirinya.

Ketika hari pernikahan Dewa terkejut melihat tok kadi menikahkan Saadon dengan Jamilah lalu membuatkan Dewa kecewa dengan tindakan Saadon yang mengkhianatinya itu. Dalam masa yang sama kawan baik Saadon dan Dewa iaitu Maarof turut berkahwin dengan perempuan muda bernama Murni (lakonan Siti Elizad). Walaubagaimanapun Murni bukanlah seperti perempuan lain di kampung tersebut kerana Murni seorang perempuan yang lasak dan suka bermain sepak raga. Murni sering mengajak dan memaksa suaminya Maarof untuk bermain sepak raga bersamanya. Maarof yang sudah tua mengalami kesukaran untuk mengikut kemahuan Murni yang suka bermain sepak raga tak kira masa. Murni akan merajuk dan bersedih jika Maarof enggan bermain permainan kesukaannya itu. Saadon yang sedar kesalahannya meminta maaf pada Dewa dan berjanji akan mencari jodoh yang baru buat Dewa. Walaubagaimanapun penyakit Saadon itu makin lama makin teruk dan membuatkan Dewa makin makan hati dengan sikap Saadon. Dewa hampir memukul Saadon namun dirinya dinasihati Maarof supaya bersabar dan bertolak ansur kerana Saadon itu sakit. Apa yang berlaku seterusnya? benarkah kampung Kuala Lambat itu terkena sumpahan? atau itu semua hanya cerita rekaan saja dan ada orang lain bertanggungjawab terhadap semua kejadian pelik di kampung berkenaan?
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, May 8, 2018

Tiger Zinda Hai

Director: Ali Abbas Zafar
Script Writer: Neelesh Misra,
Cast: Salman Khan, Katrina Kaif, Paresh Rawal, etc

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt5956100/)


When a group of Indian and Pakistani nurses are held hostage in Iraq by a terrorist organization, a secret agent is drawn out of hiding to rescue them. 
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails