nuffnang

Saturday, September 22, 2018


Friday, September 21, 2018

Kopi Manis

Tajuk:Kopi Manis
Penulis: Hasif Hamsyari
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd


Badan Fayyadh sudah bergerak-gerak. Remaja lelaki itu menggosok kedua-dua belah matanya. Dari pembaringan itu, dia duduk diam seketika, menghilangkan mamai selepas tidur sebelum menghantar pandangan pada Kopi yang mengiau nyaring. Ketika memandang hadapannya, mata Fayyadh terbuntang dan dia serentak terdorong ke belakang. Dia memerhatikan keadaannya sendiri yang tidak berbaju. Gebar katil lekas ditarik lalu ditutup tubuhnya dengan gebar itu. Kirana waktu itu sudah hilang ikhtiar. Dia terkaku. ìKau tunggu apa lagi?! Keluar!!!î Kematian ibu bapanya menyebabkan Kirana menetap di bawah satu bumbung dengan musuh seteru yang merupakan sepupunya, Fayyadh yang dipanggilnya 'serama'. Bagaimana sepupunya yang ëkejamí itu berubah menjadi seorang pendiam dan suka menyendiri? "Sekeras-keras hati saya pun terhadap awak, saya tetap akan mengakui awak sebagai sepupu saya." - Kirana

Wednesday, September 19, 2018

Lofa

Tajuk: LOFA
Penulis:Geng Arnab Paranoid
Terbitan:KarnaDya Solutions Sdn Bhd

https://www.e-sentral.com/book/info/13315

Si cantik manis persis Jessica Alba versi Melayu yang bernama Lofa ini menjadi perhatian ramai pelajar lelaki termasuklah Iqbal, pelajar pandai merangkap pengawas di sekolah. Semakin hari, hubungan mereka semakin erat, namun mereka hanyalah teman tapi mesra. 

Dengan tiba-tiba, keluarga Iqbal menjadi porak-peranda apabila suatu kejadian yang tidak pernah diduga berlaku. Lofa menjadi tempat Iqbal meluahkan rasa pedih di hati akan hal yang melanda keluarganya. Iqbal turut menjadi pendengar setia buat Lofa yang juga mempunyai masalah dalam keluarganya, terutamanya hal kakaknya, Kelly. Suatu insiden telah berlaku di sekolah, dan hal ini telah membongkarkan misteri yang selama ini mengganggu fikiran dan pelajaran Iqbal. 

Isu kekeluargaan banyak diterapkan dalam novel ini. Hal berkaitan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan anak turut dikongsi bersama. Apa yang penting, banyak pengajaran dan teladan boleh diambil dari novel ini.

Sunday, September 16, 2018


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails