nuffnang

Friday, September 21, 2018

Kopi Manis

Tajuk:Kopi Manis
Penulis: Hasif Hamsyari
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd


Badan Fayyadh sudah bergerak-gerak. Remaja lelaki itu menggosok kedua-dua belah matanya. Dari pembaringan itu, dia duduk diam seketika, menghilangkan mamai selepas tidur sebelum menghantar pandangan pada Kopi yang mengiau nyaring. Ketika memandang hadapannya, mata Fayyadh terbuntang dan dia serentak terdorong ke belakang. Dia memerhatikan keadaannya sendiri yang tidak berbaju. Gebar katil lekas ditarik lalu ditutup tubuhnya dengan gebar itu. Kirana waktu itu sudah hilang ikhtiar. Dia terkaku. ìKau tunggu apa lagi?! Keluar!!!î Kematian ibu bapanya menyebabkan Kirana menetap di bawah satu bumbung dengan musuh seteru yang merupakan sepupunya, Fayyadh yang dipanggilnya 'serama'. Bagaimana sepupunya yang ëkejamí itu berubah menjadi seorang pendiam dan suka menyendiri? "Sekeras-keras hati saya pun terhadap awak, saya tetap akan mengakui awak sebagai sepupu saya." - Kirana

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails