nuffnang

Saturday, August 27, 2011

Cuti-cuti Cinta


Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Farid Kamil, Nora Danish, The Fabulous Cats, Zed Zaidi

Sinopsis: (http://www.zonartis.com/sinopsis-dan-trailer-filem-cuti-cuti-cinta)

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi). 

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebuah cerita yang mungkin sama dgn cerita cinta yang lain. Tapi penuh sindiran yang perlu difikirkan...
Heronya hanya menunggu dan berserah kepada takdir tanpa cuba berusaha...
Heroinnya pula terus mencuba membuat keputusan yang penting di saat hari pernikahannya...
Nora Danish & Farid Kamil

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails