nuffnang

Wednesday, May 27, 2009

Nama Saya Milo




Tajuk= Nama Saya Milo
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions


"Isy, nama kamu Milo?”

Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.

Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?

Thank You Puteriku



Tajuk=Thank You Puteriku
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions


Persahabatan Suria, Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan sememangnya amat akrab. Mereka sering membantu antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi pelajaran, lebih-lebih lagi UPSR yang akan menjelang tiba. Namun, langit tidak selalunya cerah. Suria semakin menjauhkan diri daripada lima rakannya. Hal ini kerana dia menyedari perbezaan dirinya berbanding rakan-rakan lain.

Pada masa yang sama, muncul Sang Puteri yang sentiasa berada di sisi Suria. Sang Puteri sentiasa membantu apabila Suria menghadapi masalah dan dia menjadi tempat mengadu bagi Suria.

Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan menyiasat punca perubahan Suria untuk mengembalikan persahabatan mereka. Adakah kerenggangan persahabatan antara Suria dan rakan-rakannya mempunyai kaitan dengan Sang Puteri? Siapakah Sang Puteri sebenarnya?


Mari layari www.karnadya.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails