nuffnang

Sunday, August 19, 2012

Kembara Tri



Tajuk=Kembara Tri
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions



TRI menghadapi pelbagai rintangan untuk mencari kunci yang dapat meleraikan sumpahan. Sumpahan tanah Kerajaan Alamaya tidak akan subur dengan sumber makanan. Satu lagi sumpahan yang Tri sukar untuk percaya pada awalnya ialah kebolehan rakyat Kerajaan Alamaya untuk berkomunikasi dengan haiwan.
     Tri meneruskan pengembaraan untuk mencari kebenaran dan keadilan. Perjalanan yang ditemani Moe dan Alpi membawanya semakin menghampiri keadilan dan kebenaran. 'Percakaran' yang berlaku di antara Moe dan Alpi sepanjang perjalanan tetap menghiburkan dan menguatkan semangat Tri untuk mencari jalan meleraikan semua sumpahan. Seterusnya membuka mata Tri untuk mula mempercayai kisah rakyat Kerajaan Alamaya.
      Kalung delima dijadikan sebagai pertukaran kepada keistimewaan dan keamanan rakyat Kerajaan Alamaya. Adakah Tri akan menyerahkan kalung delima demi keamanan rakyat Kerajaan Alamaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails