nuffnang

Saturday, May 2, 2009

Nama Aku N

Tajuk: Nama Aku N
Penulis: Aina Emir
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Nama betulnya Amanina,namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Kemiskinan yang menghimpitnya telah membuat dia terasa rendah diri. Namun begitu, N mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.

Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z. Dia terasa bagaikan terbang di awang-awangan. Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi...sesuatu telah berlaku.

N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar 'teman tapi mesra'.

Ikutilah kisah gadis kota ini... novel ala chick lit yang sangat sesuai bagi pembacaan mereka yang suka gaya santai dan berjiwa remaja!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails