nuffnang

Wednesday, March 26, 2008

Cahaya Bidadari


Tajuk: Cahaya Bidadari
Penulis: Nur Rosmah
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Amirul, seorang budak bandar yang tidak pernah tinggal di kampung. Cara hidupnya berubah apabila dia terpaksa tinggal bersama-sama Nenek Esah dan Atuk Samad. Keadaan yang serba kekurangan menyebabkan dia berasa tidak selesa menetap di kampung. Tambahan pula, Atuk Samad adalah seorang yang sangat tegas! Dia tidak bebas untuk membuat apa sahaja.

Amirul tidak percaya pada makhluk halus, ini membuatkan dia berani. Amirul membuktikan kepada sahabatnya Alia dan Rita bahawa tiada apa-apa yang menakutkan pada pokok besar di sekolah seperti yang diwar-warkan oleh semua pelajar di sekolah barunya itu.

Namun sesuatu telah menghantui Amirul sejak dia menjejakkan kaki di Gunung Senyum apabila mengikuti kem motivasi anjuran sekolah. Banyak perkara aneh berlaku kepada Amirul hinggalah dia mengetahui bahawa dia sebenarnya berhadapan dengan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails