nuffnang

Tuesday, March 24, 2020

Binary

Tajuk: Binary
Penulis: Zarini Mansor
Terbitan: Dear Novels Sdn Bhd

Blurb

Ris mendesak Ched menyertai kumpulannya untuk menghasilkan sebuah permainan komputer – Binary. Tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Ched dengan alasan dia sudah tidak berminat terhadap bidang pengaturcaraan.

“Lupakan ajelah cabaran tu. Hidup ni tak cukup mencabar lagi ke sampai kau nak stress pasal coding bagai ni? Dahlah, lupakan aje. Aku pergi dulu.”
“300 ribu, Ched. Bahagi enam orang, seorang dapat 50 ribu.”

Ched sertai Ris dan rakan-rakannya yang turut sama menyertai pertandingan aplikasi permainan komputer. Langkah demi langkah, Binary berjaya disiapkan. Pada masa yang sama, beberapa situasi janggal memutikkan perasaan aneh antara Ris dan Ched.

Cinta, bukan tujuan asal mereka.

Sayangku Combi

Tajuk: Sayangku Combi
Penulis: Kreisya Reisya
Terbitan: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Blurb

Ya, nama sebenarku memang Combi. Combi binti Jofree. Nama yang diberikan oleh arwah nendaku. Dari kecil sehingga meningkat dewasa, masih ada yang mentertawakan namaku. Kata orang, perwatakan seseorang berkait rapat dengan nama yang diberikan. Jadi, aku ini dikira bolehlah masuk dalam program Maharaja Lawak dan yang sewaktu dengannya. Bukan begitu? Mereka susah-susah nak cari nama kumpulan atau sesuatu nama yang sesuai, aku tak perlu itu semua. Tak payah susah-susah nak fikir. Dengar atau sebut sahaja namaku, ada yang nak ketawa dan cuba-cuba menahan ketawa. Yang tak percaya pun ada, sedih tau!

Apa pun yang pasti, aku pun melalui suka duka dan warna-warna kehidupan seperti biasa. Sama seperti insan-insan yang mempunyai nama-nama 'normal' yang lain. Dunia pekerjaan, percintaan, kekeluargaan, sama sahaja dengan kehidupan manusia-manusia normal yang lain. Di sini kisahku... insan yang diberi nama Combi... Combi pun Combilah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails