Script Writer: Rehal Nuharis
Cast: Carl Eqmal Hazali, Farhan Nizam, Bella Dowanna, Eyra Hazali, Sahrolnizam Noor, Airis Yasmin, etc
Synopsis: (https://www.budiey.com/telemovie-20-sen/)
Telemovie ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Mail dan
Yana, anak peneroka serta Boy, anak pengurus rancangan FELDA. Boy dan
Yana selalu mendapat upah dari kedua orang tuanya apabila dia menolong
mereka. Mail juga teringin mendapat upah dari kerja-kerja yang dilakukan
di rumah.
Sejak itu Mail mula meminta upah daripada ibu, baba dan Along,
kakaknya. Setiap kali kerja, Mail akan meminta upah dalam kiraan 20 sen
seperti ambil daun pandan untuk ibu upahnya 20 Sen dan tolong cari buku
latihan Along dimintanya 5 keping duit 20 Sen. Mail membuat catatan di
buku bagi setiap upah yang diterimanya.
Ketiga-tiga sahabat ini bertanding dan Boy begitu yakin dia boleh
mendapat upah terbanyak. Apabila kiraan dibuat ternyata Mail yang
mengumpul upah terbanyak dan Boy tidak mempercayainya. Kemudiannya Boy
mensyaratkan setiap upah yang diterima mereka mesti dikeluarkan resit.
Secara tidak disengajakan emak kepada Mail, Yana dan Boy mendapat
tahu mereka menerima resit yang sama. Ibu memberitahu Baba tentang
perkara ini dan mereka merancang sesuatu untuk Mail.
Di sekolah Mail, Yana dan Boy membuka bekal mereka dan didapati ada
bil disertakan. Sewaktu mahu makan tengah hari di rumah, Mail juga
mendapati terdapat bil disetiap nasi dan lauk yang dihidangkan.
Mail berkurung di bilik tidur dan mula memikirkan bahawa dia tidak
ada duit lagi bagi membayar makanannya. Tiba-tiba dia mendapat pula bil
dari ibu yang menuntut bayaran bagi mengandung dan membesarkan Mail yang
berjumlah kesemuanya RM15,500.00 tapi bila dilihat pada muka belakang
tertulis ‘Percuma’.
Mail keluar dari bilik dan bertemu ibu, along dan baba. Berikutnya
Mail membuat catatan tentang jasa dan pengorbanan yang telah ibu, baba
dan along lakukan kepadanya selama ini.