nuffnang

Saturday, November 19, 2016


Sunday, November 13, 2016

Cinta Dorayaki

Tajuk: Cinta Dorayaki
Penulis: Izza Aripin
Terbitan: Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!"
"Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu."
"Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!"

 Malangnya buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu.

 Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk isteri?

 Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya. Namun, dialah tempat Durrah bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita.

 Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa.

 Antara Lanun dengan Gajah, 'Dorayaki' nak pilih siapa?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap bab menarik dan tidak meleret. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails