Script Writer: Megat Fauzi Isa
Cast: Khir Rahman, Sabri Yunus, Imuda, Melissa Saila, Siti Elizad, Uqasha Senrose, Ashraf Muslim, etc
Synopsis: (http://darihatimissmulan.blogspot.com/2018/04/sinopsis-telemovie-kampung-kuala-lambat.html)
Kampung
Kuala Lambat bagai mengalami sumpahan apabila lelaki yang berkahwin
muda akan mati di hari pernikahan mereka namun kejadian ganjil ini tidak
berlaku kepada lelaki yang berusia 60 tahun ke atas. Hal ini
menyebabkan ramai perempuan muda di kampung tersebut terpaksa berkahwin
dengan lelaki tua kerana tiada pilihan lain. Seorang perempuan cantik di
kampung tersebut yang bernama Jamilah (lakonan Uqasha Senrose)
memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya (lakonan Ashraf Muslim),
orang tua di kampung tersebut iaitu Saadon (lakonan Khir Rahman), Maarof
(lakonan Imuda), Dewa (lakonan Sabri Yunus) dan Temah (lakonan Azizah
Mahzan) telah menasihati kekasih Jamilah supaya membatalkan
perkahwinannya jika tidak mahu mati di hari pernikahannya, namun kekasih
Jamilah degil dan meneruskan perkahwinannya lalu mati. Ketiadaan
kekasih Jamilah membuka peluang pada Dewa yang masih bujang dan
berhasrat ingin berkahwin dengan Jamilah. Dewa mewakilkan Saadon untuk
pergi berjumpa dengan ayah Jamilah (lakonan Harun Hashim) untuk
meminangkan Jamilah untuknya. Saadon yang menghidap penyakit Alzhemier's
akhirnya terlupa tentang hasrat Dewa itu lalu meminangkan Jamilah untuk
dirinya.
Ketika
hari pernikahan Dewa terkejut melihat tok kadi menikahkan Saadon dengan
Jamilah lalu membuatkan Dewa kecewa dengan tindakan Saadon yang
mengkhianatinya itu. Dalam masa yang sama kawan baik Saadon dan Dewa
iaitu Maarof turut berkahwin dengan perempuan muda bernama Murni
(lakonan Siti Elizad). Walaubagaimanapun Murni bukanlah seperti
perempuan lain di kampung tersebut kerana Murni seorang perempuan yang
lasak dan suka bermain sepak raga. Murni sering mengajak dan memaksa
suaminya Maarof untuk bermain sepak raga bersamanya. Maarof yang sudah
tua mengalami kesukaran untuk mengikut kemahuan Murni yang suka bermain
sepak raga tak kira masa. Murni akan merajuk dan bersedih jika Maarof
enggan bermain permainan kesukaannya itu. Saadon yang sedar kesalahannya
meminta maaf pada Dewa dan berjanji akan mencari jodoh yang baru buat
Dewa. Walaubagaimanapun penyakit Saadon itu makin lama makin teruk dan
membuatkan Dewa makin makan hati dengan sikap Saadon. Dewa hampir
memukul Saadon namun dirinya dinasihati Maarof supaya bersabar dan
bertolak ansur kerana Saadon itu sakit. Apa yang berlaku seterusnya?
benarkah kampung Kuala Lambat itu terkena sumpahan? atau itu semua hanya
cerita rekaan saja dan ada orang lain bertanggungjawab terhadap semua
kejadian pelik di kampung berkenaan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment