nuffnang

Saturday, February 29, 2020

7 Netizen

Pengarah: Jamal Khan
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Azri Sabri, Aepul Roza, Kak Girl, Mat Over.

Sinopsis: (https://gempak.com/berita-terkini/selebriti-jadi-sasaran-7-netizen-punca-kematian-seorang-lelaki-28704)

Buli siber semakin meningkat di kalangan pengguna laman sosial atau netizen.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari ia penyebab kepada mangsa buli untuk mengalami kemurungan atau depresi.

Seperti Telefilem berjudul 7 Netizen yang akan ditayangkan di Astro Citra (saluran 131), kecaman yang dilakukan di alam maya telah menjadi punca kematian seorang lelaki.

Namun ia tidak tamat disitu sahaja kerana adik kepada lelaki mangsa buli tersebut, Alif telah mencari identiti sebenar tujuh orang netizen yang terlibat membuli abang kesayangannya di media sosial sehingga membunuh diri.

Malah, seorang demi seorang dari mereka telah dibunuh dengan kejam!

Nadia, ketua kumpulan 7 Netizen meminta ahlinya untuk berhenti tetapi nasi telah menjadi bubur. Mereka terus diburu dan dibunuh.

7 Netizen bergiat aktif mengecam dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti di media sosial dan menjadikan artis sebagai sasaran mereka.

Dalam pada itu, Nadia telah meluahkan segalanya kepada Alif, lelaki yang dicintainya. Tetapi kini Nadia adalah buruan iaitu netizen yang terakhir.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails