Penulis:Elisha
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Kesinambungan
kisah Alyah, dan rakan-rakannya. Alyah, gadis sederhana tinggal serumah
dengan Siti Kalsom dan Intan Sara. Siti Kalsom bekerja di syarikat
minyak wangi, manakala Intan Sara bekerja sendiri. Mereka berdua sering
bergaduh dan Alyah yang terpaksa menjadi orang tengah.
Alyah yang belajar
di Kolej Seni Pahala (KOSLA) diberi tugasan menulis novel berkenaan
bangunan. Dia sama kumpulan dengan Kamarul Adlan, seorang yang suka
menyalahkan orang lain, Zet Adami yang suka bermain dram, dan Zulkhair
Rostom yang pendiam. Alyah menjadi ketua kumpulan dan terpaksa
berhadapan dengan perangai aneh ahli kumpulannya. Pilihan kedua terpaksa
dibuat selepas terjadi suatu kejadian di lapangan kerja. Itu pun
selepas Alyah memberi pilihan kepada kumpulan itu.
Mahu tahu pilihan kedua itu? Dapatkan Si Gadis-Gadis... Pilihan Kedua.
No comments:
Post a Comment