Penulis: Hasif Hamsyari
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Kirana dan Fayyadh dipertemukan semula, tapi kali ini dalam konflik yang
lebih mencabar, dengan teman baharu bernama Nayli dan Pilus Bachtiar.
Nayli yang periang dan bergaya, rasa malu lagi terhina dek kiriman
suratnya yang berakhir di tong sampah, lantas berlaku salah faham dan
salah sangka.
Pilus Bachtiar remaja nerd yang lurus, Si Chaplin yang rupanya seorang
kawan yang berani lagi setia - ciri kawan yang cukup bagus.
Kirana kekal dengan hubungan 'anjing-kucing' dengan Fayyadh, sepupunya,
tapi dia kekal menjadi sebab untuk Fayyadh memperbaiki dirinya.
"Kalau orang asyik mahu menjaga hati awak, tapi awak sendiri tidak mahu
menjaga hati orang lain, percayalah, awak pasti akan kesunyian suatu
hari nanti." - Kirana
Inilah kisah empat remaja yang menguji sejauh manakah nilai sebuah
persahabatan. Dan mampukah mereka membeza dan mengawal antara
persahabatan dan perasaan?
No comments:
Post a Comment