Penulis: Julia Esqa
Terbitan:Fajar Pakeer
https://www.goodreads.com/book/show/35054459-puteri-karla
“Puteri Karla, usah
membantah apa yang telah bonda dan ayahanda rancangkan. Ini untuk
kebaikan anakanda. Dengan perkahwinan anakanda, sekurang-kurangnya ada
tempat untuk rakyat jelata bergantung harap.”
Yang sering
diimpikannya adalah Putera Raja yang kacak, tinggi lampai dan gagah
perkasa. Yang tangkas bermain pedang. Yang hebat menunggang kuda. Bukan
putera raja yang pendek dan tidak dikenali itu. Argh…
Demi
kesejahteraan Laikra, hidupnya perlu menjadi taruhan. Dia tidak mahu
mengikut kehendak bonda dan ayahandanya. Mana mungkin dia mengahwini
lelaki yang bukan pilihan hatinya. Tidak mungkin. Hanya satu
penyelamatnya, melarikan diri. Ya… itu saja pilihan yang tepat untuk
Puteri Karla. Dengan bantuan Jenna, maka bermulalah pengembaraan yang
tidak pernah terfikir akan ditempuhinya.
Semakin jauh dia
menghilangkan diri, semakin dekat dia dengan satu rahsia yang sekian
lama tersimpan. Kepercayaan terhadap sahabat kecilnya mengheret Puteri
Karla itu ke alam sihir ciptaan Cassondra hinggakan dirinya terjerat
dalam dendam yang sudah seratus tahun tercipta. Pengembaraan itu jua
menemukan dia dengan Tuan Eldon yang aneh dan Alex yang membuatkan jiwa
wanitanya bergetar hebat tika mata saling berpandangan.
Mengapakah
Puteri Karla yang dibawa untuk berdepan dengan kuasa sihir itu?
Siapakah sebenarnya Cassondra, Tuan Eldon dan Alex? Mampukah Puteri
Karla membela nasib rakyatnya? Wujudkan putera idaman yang diidamkannya
selama ini?
No comments:
Post a Comment