Director: Daven R
Script Writer: Daven R
Cast: Aeril Zafrel, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat,
etc
Synopsis: (https://www.budiey.com/sinopsis-filem-cctv-lakonan-aeril-zafrel/)
Dimasukkan ke hospital akibat mengalami kecederaan, namun bertemu dengan
beberapa pesakit yang aneh ketika sedang mendapatkan rawatan, tentunya
suatu situasi yang sangat menyeramkan.
Filem CCTV arahan pengarah Daven R. ini bermula dengan kisah mengenai
seorang lelaki, Hariri yang bekerja sebagai seorang juruteknik
televisyen litar tertutup (CCTV).
Pada satu malam, Hariri telah mendapat panggilan daripada ketuanya
dan diarahkan untuk membaiki kerosakan CCTV di sebuah hospital lama.
Walaupun berasa berat hati, namun dia terpaksa akur dengan arahan
ketuanya itu.
Ketika sedang membaiki CCTV yang rosak di hospital berkenaan, nasib
Hariri agak kurang baik apabila dia tiba-tiba terjatuh dan pengsan serta
mengalami kecederaan apabila kakinya patah.
Kemudian, apabila dia sedar ketika mendapatkan rawatan di hospital lama
berkenaan, dia berhadapan dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku.
Antaranya, dia bertemu dengan seorang lelaki buta yang pelik, seorang
gadis kecil yang terbakar, seorang wanita Cina yang sedang sarat
mengandung serta seorang doktor gila yang mengendalikan hospital
berkenaan dengan caranya tersendiri.
Bagaimanapun, keanehan yang berlaku sepanjang dia berada di hospital
berkenaan akhirnya terbongkar setelah Hariri melihat sendiri rakaman
CCTV tentang kejadian yang berlaku di hospital itu. Ternyata rakaman
daripada CCTV itu mendedahkan bahawa semua orang yang berada di dalam
hospital, terutama sekali individu yang ditemuinya itu telah mati dalam
satu kebakaran yang berlaku sebelum ini.
Akibat panik setelah melihat rakaman tersebut, Hariri lantas
melarikan diri dari hospital itu dan cuba menuju ke sebuah van dalam
usaha untuk menyelamatkan dirinya.
Bagaimanapun, apabila dia dapat menghampiri van berkenaan, sekali lagi dia mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment