Director: Amie Maziah Abdul Rahman
Cast: Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Raja Ema, Zila Bakarin, Hairul Azreen
Synopsis: (http://www.budiey.com/sinopsis-drama-bersiri-setia-hujung-nyawa/)
Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah
ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis
perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu
Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan
Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang
dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza
mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai
pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar
nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan
diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain
pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil
dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti
pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai
persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi
belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina
terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula
melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan
hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak
menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan
menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga
telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia
pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu
Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nelydia Senrose
Hairul Azreen
Cha Cha Maembong
No comments:
Post a Comment