nuffnang

Sunday, December 20, 2009

Tidal Wave / Haeundae / 해운대

Director: Yoon Je-kyoon
Script Writer: Yoon Je-kyoon , Kim Hwi
Cast: Sol Kyung Gu, Ha Ji Won, Park Joong-hoon, Uhm Jung Hwa, Lee Min Ki, Kang Ye Won, etc

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt1153040/)

A woman named Yeon-hee (Ha Ji-won) lives in Busan with her boyfriend Man-sik (Sol Kyung-gu) near Haeundae Beach. But, when they find out a tsunami will hit the city, They realize they only have 10 minutes to escape!
   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Sunday, December 13, 2009

Hujung minggu...

Hari minggu diisi dengan slot yang ditayangkan di 8tv-THE ADJUSTERS. Memang menarik cerita ini... penuh dgn penyiasatan.

Sunday, November 15, 2009

Sekecil-kecil sang semut


Kagum dengan semangat sang semut. Walaupun kecil, mempunyai semangat kerjasama yang tinggi dalam memcapai matlamat mereka…


Wednesday, September 9, 2009

AD-LIB Night


Tajuk= AD-LIB Night
Pelakon= Kim Jung-Ki, Han Hyo-Joo, Choi Il-Hwa, Kim Young-Min

Synopsis: (https://en.wikipedia.org/wiki/Ad-lib_Night)

Bo-Kyung (Han Hyo-Joo), a girl in her twenties living in Seoul happens to meet Ki-Yong, who has just arrived from the countryside. He asks her a favor-to come down to the countryside to meet an old man who misses his runaway daughter. Despite her hesitation, she gets in Ki-Yong’s car. She feels strange when she encounters the old man and others in the countryside, but soon becomes interested in their lives....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pertama kali menonton filem ini saya sangka cerita ini seram… tapi bila dah tgk sampai habis sangkaan sy memang meleset. Tgk cover filem ini shj macam cite seram. Permulaan cerita ini juga membuatkan kita suspen apabila seorang gadis dgn senang mengikut lelaki yg tidak dikenali. Ditambah pula dgn peralatan2 yg ada dlm kenderaan lelaki itu yg membuatkan kita berfikir sesuatu yg menyeramkan akan berlaku.

Perjalanan cerita ini hanya memakan masa satu hari! Bagi yg mencari hiburan semata2 mungkin filem ini akan dianggap membosankan. Tapi, sebenarnya byk perkara tersirat yg perlu difikirkan setelah selesai menonton filem ini. Sesuatu yg byk berlaku di sekeliling kita….

>
--> Name: 한효주 / Han Hyo Joo (Han Hyo Ju)
Profession: Actress and Model
Birthdate: 1987-Feb-22
Birthplace: Cheongju, South Korea
Height: 170cm
Weight: 48kg
Star sign: Pisces
Blood type: A
Talent agency: Fantom Ent
Family: Younger brother
Education: Dong Gook University (Dramatics and Films department)
Hobbies: Singing, Watching Movies, Writing, Practice acting, Playing piano, Listening to music, Reading, etc.
Talents: Piano, telling fairy tales, writing, running, fencing
Religion: Christian
Discovered at a teenage beauty pageant in 2003
TV Shows
Telecinema Heaven’s Postman (SBS, 2009)
Shining Inheritance (SBS, 2009)
Iljimae (SBS, 2008)
By Land and Sky (KBS1, 2007)
Spring Waltz (KBS2, 2006)
Nonstop 5 (MBC, 2005)
Movies
Ride Away (2008)
Ad-Lib Night (2006)
My Boss, My Teacher (2005)
Awards
2008 SBS Drama Awards: New Star Award
2007 KBS Drama Awards: Popularity Award (Female)
2007 KBS Drama Awards: Best Couple (with Park Hae Jin)
2007 Korea’s Best Dressed Award
2007 20th Singapore International Film Festival: Best Actress Award
2006 26th Korean Screen Critics Award: Best Female Newcomer Award




Friday, August 21, 2009

Inkheart

Director: Iain Softley
Script Writer: David Lindsay-Abaire
Cast: Brendan Fraser, Paul Bettany, Helen Mirren, Jim Broadbent, Andy Serkis, etc
Based on Inkheart by Cornelia Funke

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt0494238/)


A teenage girl discovers her father has an amazing talent to bring characters out of their books and must try to stop a freed villain from destroying them all, with the help of her father, her aunt, and a storybook's hero. 
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Wednesday, August 19, 2009

Taman Negeri Selangor (Selangor State Park)




-->
Hari minggu dpt luangkan masa bersama anak buah di Taman Negeri Selangor yg dahulunya dikenali sbg Ulu Yam.

Lucu sungguh dgn gelagat dua beradik itu. Abgnya (Aniq) 3 thn sampai saja dpt satu pelambung, setelah berjaya membodek Mak Su. Yg lucunya Aniq takut utk jejakkan kakinya ke permukaan air. Setiap kali ayah @ ibunya cuba utk turunkan Aniq ke permukaan air dia kan menjerit dan menangis. Ayah & ibunya lglah menyakat. Lg satu, bila ayahnya berenang & tenggelam, Aniq akan meraung sbb ingat ayahnya lemas.

“Ayh, cepatlah panjat. Jgn mandi!”
Teriak Aniq kpd ayhnya. Dia juga cuba tarik ayhnya naik.

Berlainan pula dgn adiknya, Aiman (1 thn 3 bln). Bukan main suka dgn air. Sampai menggigil pun masih mahu main air lg. tapi bila disua pelampung, dia akan menjerit & menangis. Dua hero, seorg takut air & lg seorg takut pelampung. Bagai nak pecah perut melihat gelagat dua beradik ni.

Sy (Mak Lang) spt biasa kalau pergi ke mana-mana tmpt mandi sy tak akan mandi. Lebih suka menjadi penonton. Dan sy akan menjadi penjaga brg setiap kali mereka pegi bermain air & berendam!



Aniq bersemangat dgn pelampungnya




Err...sejuknya...

Segar...selepas mandi




Jom cuti-cuti Malaysia!


Friday, August 14, 2009

Bahasa Melayu

A

Abah-abah— alat, perkakas, tali-temali
Abnus— kayu arang

C

Cicip→ berbunyi seperti burung


D


Destinasi→ tempat yang dituju dalam perjalanan atau tempat penerimaan sesuatu


K


Komunikasi→ perhubungan sama ada secara langsung atau melalui perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain.



M

Melilau→ memandang ke sana ke mari

P

Prasangka→ sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki) yang sebenarnya


R


Rasional→ alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan



S

Seraya→ sambil, serta

T

Tempelak→ cela atau cerca yang pedas dengan membangkit-bangkitkan keburukan

Tempik→ teriak yang kuat, pekik yang kuat

Terkesima→ tercengang, termangu-mangu, hilang akal

Sumber: Kamus Dewan

Tuesday, August 11, 2009

Biar Rindu Berlalu



Tajuk= Biar Rindu Berlalu

Penulis= Sharifah Abu Salem

Terbitan= Alaf Dua Puluh Satu Sendirian Berhad

Jumlah muka surat= 580

Mula baca= 7th May 2009 Tamat baca=19th July 2009



Novel ini mengisahkan perbalahan anak-anak yang tidak dapat menerima ibu bapa mereka akan berkahwin lagi dalam usia senja.

Percintaan Khalil dan Samirah mendapat tentangan dari anak-anak masing-masing. Perancangan perkahwinan mereka menyebabkan permusuhan antara Nasrul, anak Samirah dan Fatiha, anak Khalil. Masing-masing ego dan sentiasa menyakiti hati masing-masing. Ditambah pula Suhana yang turut ingin merebut cinta Khalil. Malah, ibu mertua Khalil turut membantah kerana menganggap cinta Khalil terhadap anaknya tidak suci disebabkan ingin berkahwin lagi, walaupun isteri Khalil telah meninggal dunia.

Pelbagai rancangan yang diatur Suhana untuk memenangi hati Khalil. Namun, cinta Khalil hanya untuk Samirah. Cinta Khalil dan Samirah menghadapi pelbagai rintangan. Anda ingin tahu sama ada mereka berjaya atau tidak mengharungi pelbagai rintangan itu? Dapatkan segera di pasaran....

Monday, August 10, 2009

Semangat Patriotik

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





Sempena bulan kemerdekaan ini sy juga tak nak lepaskan peluang untuk mengibarkan jalur gemilang...

Teringin pula nak nyanyi lagu 'Jalur Gemilang'. Dulu nyanyi waktu sekolah je, tapi sekarang dah lama tamat belajar... nyanyi kat sini pun boleh la...Jom nyanyi sama2.

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x)
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Arghh....

Arghhh... komputer rosak lagi! Nampaknya semua manuskrip terpaksa ditangguhkan lagi...

Thursday, August 6, 2009

SeLaMaT bErPuAsA...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua...
Mungkin ucapan ini terlalu awal. Tapi tak pe, saya nak jadi orang pertama ucapkan kepada semua...

Tuesday, August 4, 2009

Sunday, June 28, 2009

Award dari Salbie S




Terima kasih atas anugerah sahabat yang diberi. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun kita hanya bersua hanya sekali sahaja.


Moga Kak B berjaya selalu...

Award dari Salbie s: www.salbie.blogspot.com

Saturday, June 27, 2009

Dapat Tag?

Selalunya baca dalam blog Bikash Nur Idris tak pun dalam blog salbie S. Tak sangka saya terdapat juga Tag. Terima kasih Kak Bie... Saya cuba balas, kalau salah tolong tunjukkan sebab baru belajar.. he, he, he.

Dengar dan renungkan...


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com



jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua

jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam salat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

Nyanyian oleh: Gita Gutawa
Tajuk lagu: Jalan Lurus

Sunday, June 14, 2009

Lapangnya masa....



Boring? Kalau dah boring apa lagi yang boleh dibuat selain menconteng kertas. He, he, he. Dapat kertas dan pen saja dah boleh duduk diam tanpa mengganggu orang lain buat kerja. . . jadi, conteng, conteng, dan conteng, inilah hasilnya. Bagilah komen sikit sapa yang tengok tu..

Apa khabar Aiman?

Ada yang bertanya khabar si kecil ini selepas pembedahan tempoh hari. Baru sekarang ada kesempatan untuk sampaikan kepada yang bertanya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Lihat saja gambar Aiman sedang tersenyum manis beberapa hari selepas pembedahan.


Aiman selepas pembedahan


Sebelum pembedahan

Aiman sudah selamat menjalani pembedahan. Kini abangnya pila menunggu giliran. Sama-sama doakan semoga pembedahan yang akan dijalani pada 15 July 2009 nanti berjalan lancar.




Aniq bersama adiknya Aiman

Wednesday, May 27, 2009

Nama Saya Milo




Tajuk= Nama Saya Milo
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions


"Isy, nama kamu Milo?”

Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.

Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?

Thank You Puteriku



Tajuk=Thank You Puteriku
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions


Persahabatan Suria, Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan sememangnya amat akrab. Mereka sering membantu antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi pelajaran, lebih-lebih lagi UPSR yang akan menjelang tiba. Namun, langit tidak selalunya cerah. Suria semakin menjauhkan diri daripada lima rakannya. Hal ini kerana dia menyedari perbezaan dirinya berbanding rakan-rakan lain.

Pada masa yang sama, muncul Sang Puteri yang sentiasa berada di sisi Suria. Sang Puteri sentiasa membantu apabila Suria menghadapi masalah dan dia menjadi tempat mengadu bagi Suria.

Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan menyiasat punca perubahan Suria untuk mengembalikan persahabatan mereka. Adakah kerenggangan persahabatan antara Suria dan rakan-rakannya mempunyai kaitan dengan Sang Puteri? Siapakah Sang Puteri sebenarnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails