Boring? Kalau dah boring apa lagi yang boleh dibuat selain menconteng kertas. He, he, he. Dapat kertas dan pen saja dah boleh duduk diam tanpa mengganggu orang lain buat kerja. . . jadi, conteng, conteng, dan conteng, inilah hasilnya. Bagilah komen sikit sapa yang tengok tu..
nuffnang
Sunday, June 14, 2009
Lapangnya masa....
Boring? Kalau dah boring apa lagi yang boleh dibuat selain menconteng kertas. He, he, he. Dapat kertas dan pen saja dah boleh duduk diam tanpa mengganggu orang lain buat kerja. . . jadi, conteng, conteng, dan conteng, inilah hasilnya. Bagilah komen sikit sapa yang tengok tu..
Apa khabar Aiman?

Aiman selepas pembedahan

Sebelum pembedahan
Aiman sudah selamat menjalani pembedahan. Kini abangnya pila menunggu giliran. Sama-sama doakan semoga pembedahan yang akan dijalani pada 15 July 2009 nanti berjalan lancar.


Aniq bersama adiknya Aiman
Wednesday, May 27, 2009
Nama Saya Milo

Tajuk= Nama Saya Milo
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions
"Isy, nama kamu Milo?”
Kisah Milia seorang pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Ehsan. Dia seorang yang pendiam dan kadangkala kehadirannya tidak disedari oleh rakan-rakan. Personalitinya yang kurang menarik juga menyebabkannya tidak ramai kawan. Ditambah lagi Milia mempunyai kelemahan iaitu terlalu gementar untuk berhadapan dengan orang ramai.
Sesuatu telah terjadi di sekolahnya, akibat perasaan gelabah yang datang mendadak dan ini telah membuatkan ramai rakan-rakannya mempersendakannya. Hanya Finda dan Alif telah memberi semangat buat dirinya itu. Pun begitu, Milia mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain. Keistimewaan Milia mula terserlah setelah kematian ayahnya, seorang pegawai polis bahagian siasatan. Gadis itu berjaya menyelesaikan beberapa kes yang terjadi di sekolah.
Namun, adakah kejayaan itu berjaya membuka pintu hati Detektif Rahman untuk menerima Milia sebagai penyiasat dalam agensinya?
Thank You Puteriku

Tajuk=Thank You Puteriku
Penulis= Nora Isa
Pengilustrasi= Nora Isa
Terbitan= KarnaDya Solutions
Persahabatan Suria, Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan sememangnya amat akrab. Mereka sering membantu antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi pelajaran, lebih-lebih lagi UPSR yang akan menjelang tiba. Namun, langit tidak selalunya cerah. Suria semakin menjauhkan diri daripada lima rakannya. Hal ini kerana dia menyedari perbezaan dirinya berbanding rakan-rakan lain.
Pada masa yang sama, muncul Sang Puteri yang sentiasa berada di sisi Suria. Sang Puteri sentiasa membantu apabila Suria menghadapi masalah dan dia menjadi tempat mengadu bagi Suria.
Karen, Nina, Adam, Lim dan Rajan menyiasat punca perubahan Suria untuk mengembalikan persahabatan mereka. Adakah kerenggangan persahabatan antara Suria dan rakan-rakannya mempunyai kaitan dengan Sang Puteri? Siapakah Sang Puteri sebenarnya?
Thursday, May 14, 2009
Castaway On The Moon / 김씨 표류기
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wednesday, May 6, 2009
143 Kaoru’s Cake House: Edisi Novel

Tajuk= 143 Kaoru’s Cake House: Edisi Novel
Penulis= Fakhrul Anour
Pengilustrasi= Kaoru
Terbitan= Gala Unggul Resources Sdn Bhd
Emmm… membaca novel grafik ini pasti membuatkan perut lapar. Menu utama novel ini ialah kek keju berlapis krim blueberry! Jadi, kalau nak baca jangan lupa sediakan makanan di sisi.
Selain itu, banyak barangan berjenama turut menjadi ‘makanan’ sampingan dari awal hingga akhir. Antaranya, Guess, Calvin Klein, Louis Vuitton, Estee Lauder, dan anda boleh cari sendiri dalam novel ini. Penulis memberi informasi terperinci tentang jenama yang digunakan.
Penyeri novel ini pula ialah bunga krisantimum yang kemudiannya dikeringkan dan dijadikan minuman!
Bagi peminat novel grafik, anda boleh dapatkannya di pasaran untuk menambahkan koleksi anda.
Saturday, May 2, 2009
Nama Aku N
Penulis: Aina Emir
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Tuesday, April 7, 2009
Bukan Pilihan Hati
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Penerbitan Fajar Pakeer
Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.
Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.
Thursday, March 12, 2009
Wednesday, March 26, 2008
Cahaya Bidadari
Tajuk: Cahaya Bidadari
Penulis: Nur Rosmah
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Amirul tidak percaya pada makhluk halus, ini membuatkan dia berani. Amirul membuktikan kepada sahabatnya Alia dan Rita bahawa tiada apa-apa yang menakutkan pada pokok besar di sekolah seperti yang diwar-warkan oleh semua pelajar di sekolah barunya itu.
Namun sesuatu telah menghantui Amirul sejak dia menjejakkan kaki di Gunung Senyum apabila mengikuti kem motivasi anjuran sekolah. Banyak perkara aneh berlaku kepada Amirul hinggalah dia mengetahui bahawa dia sebenarnya berhadapan dengan...







