nuffnang

Wednesday, September 11, 2019

Bintang Hati Saya

Tajuk: Bintang Hati Saya
Penulis: Riley Fizan
Terbitan: Gedebook Sdn Bhd


Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak.


Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Nita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa!



Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu.



Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang.



Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini?



“Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”

Saturday, September 7, 2019

Sumpahan Dewi Bumi

Tajuk: Sumpahan Dewi Bumi
Penulis: Cempaka Meerniz
Terbitan: Fajar Pakeer Sdn Bhd

Sumpahan Dewi Bumi tidak dapat dihindari lagi Darah telah menitis ke bumi dan saat darah itu menyentuh lantai bumi, sumpahan Dewi Bumi sukar untuk dihalang. 

Lara tidak menyangka kehadiran dia dan teman temannya di rumah itu mengundang petaka Sejarah silam yang terungkap meminta nyawa teman temannya sebagai ganti Lara juga tidak menyedari bahawa dia adalah susur galur daripada keturunan Mbah Suri yang terkenal sebagai penentang ilmu hitam dari dunia ghaib Telah termaktub dalam hidupnya, dia adalah waris terakhir yang dapat menghapuskan segala sumpahan itu. 


Anak manis yang cantik Diari itu akan mengungkap banyak rahsia Anak akan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi di rumah ni Tolonglah ibu yang malang ini, anakku Sumpahan ini harus ditamatkan Kalau tidak, ramai lagi anak gadis yang akan menjadi mangsa. Tolonglah ibu! Tolonglah ibu!


Tanpa diduga juga, Lara dipertemukan dengan Wirana, jejaka yang telah lama menunggu kehadirannya dan mendambakan cintanya Lara juga terpaksa mengharungi suka duka kehidupan setelah dia dituduh membunuh teman temannya dengan kejam Namun, dia yakin pembunuhan itu dilakukan oleh lima jejaka yang terdapat di dalam potret itu.


Apakah Lara berjaya menghapuskan sumpahan itu Adakah Wirana akan mendapat cinta Lara semula setelah beratus tahun dipisahkan

Sunday, September 1, 2019


Thursday, August 29, 2019

#Roxy

Director: Michael Kennedy
Script Writer: Tony Binns
Cast: Jake Short, Sarah Fisher, Booboo Stewart, etc.

Synopsis: (https://en.wikipedia.org/wiki/Roxy_(film))

Cyrus is a computer geek who has an abnormally large nose. During an ongoing pep rally at the high school, Christian, a new student, spots Roxanne and asks about her, while Cyrus hacks into the school system and disgraces a football jock sending a nude picture to Roxanne. Cyrus is later caught and is given detention in the computer lab. Brownie confronts him about telling Roxy, his longtime crush, how he feels, but Cyrus is insistent on not letting her know how he feels because of his nose. Brownie advises him not to worry about his nose since no one else cares. However, even if he tries to hide behind his bold exterior, Cyrus feels self-conscious about his nose and cares a great deal what other people think.

Roxy calls almost immediately and thanks Cyrus for what he did, then asks that they meet up the next day. She says she wants to tell him something super important. An ecstatic Cyrus thinks she might like him back. He goes to see her the next day. While writing a letter to her (on Brownie's insistence), which he hides immediately upon Roxy's arrival. Roxy tells him she likes someone. Cyrus is hopeful that it may be him, only to be disappointed when Roxy reveals it is Christian, and she is sure he likes her back. Albeit heartbroken, Cyrus agrees to help Roxy.

Cyrus throws the letter he wrote for Roxy into the trash bin. Unbeknown to him, Brownie picks up the letter and slips it into Roxy's locker. At the lunch spot, Cyrus is insulted by Christian, who does this to stop a bully from harassing Cyrus. Cyrus tries to get back at Christian but stops when he is told his name by Lynn. He proceeds to talk to Christian about Roxy. Christian is unsure of how to begin to talk to Roxy, so Cyrus helps.


  •       ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Thursday, August 8, 2019

Rumah Untuk Disewa

Judul: Rumah Untuk Disewa
Penulis: Nazrie Haslieanie
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Blurb

Pangsapuri Seri Mawar. Akhirnya Faeeza dan Liana bersepakat untuk tinggal serumah bersama-sama setelah tamat pengajian dan skim latihan yang disertai. Pengalaman kali pertama menyewa bilik di pangsapuri itu menemukan mereka dengan Kak Enab, “tuan tanah” yang kapitalis serta kerenah rakan-rakan serumah yang aneh. Beberapa kejadian berlaku dengan penuh misteri. Siapakah Aad dan apa hubungannya dengan Encik Hai? Mampukah Faeeza dan Liana bertahan?

Tuesday, July 30, 2019

Dunia Sayap Kecil

Tajuk: Dunia Sayap Kecil
Penulis: Mersik Romoyu
Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad


Kirung, seekor riang-riang harus berjuang membantu mempertahankan Kota Larak dari dirampas oleh geng Don Aedes. Kota Larak menjadi tempat perlindungannya tatkala Kirung hilang tempat tinggal dan gagal mengingat asal usulnya.

Kirung yang dahulunya dijaga rapi oleh Naza, seorang peminat serangga. Oleh kerana minatnya yang mendalam, Naza selalu berkongsi info serangga kepada Kirung. Dengan ilmu itu Kirung dapat mengenali serangga lain.

Pak Kumai, Ogah, Seroi, Jesro antara serangga lain yang dikenalinya.

Dapatkah geng Don Aedes menakluki Kota Larak? Dapatkah Kirung yang dianggap serangga tersesat menentang Don Aedes?

Saturday, July 13, 2019



Saturday, June 29, 2019

Krisalis

Judul: Krisalis
Penulis: Nabil Fariz Aiman
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Blurb


Krisalis merupakan sebuah akademi pendidikan elemental bagi para pelajar yang berbakat dan cemerlang. Bagi Razlan, Krisalis membantunya lari daripada kisah silamnya. Seorang pelajar yang serba sederhana, apa yang diinginkan oleh Razlan hanyalah menamatkan pengajian dan kemudian mengubah nasib dirinya dalam kehidupan yang aman damai. Namun, semua itu berubah apabila rakan karibnya, Helena diculik dan Razlan terpaksa keluar dari kepompong keselesaan dan kesederhanaannya itu demi menyelamatkan rakannya itu. Dari situlah dia bertemu dengan Suraya, gadis dari Darmenia Sahara yang turut serta dalam pengembaraan Razlan dan sedikit sebanyak mengubah persepsi hidup Razlan yang serba sederhana itu. Siapakah sebenarnya dalang di sebalik penculikan itu? Mengapakah Suraya mahu mengikut Razlan untuk menyelamatkan Helena? Apa yang pasti, penculikan itu hanyalah satu titik tolak kecil bagi sebuah pengembaraan epik yang baru sahaja bermula.

Sunday, June 9, 2019


Wednesday, June 5, 2019


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails