nuffnang

Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

Tuesday, March 24, 2020

Sayangku Combi

Tajuk: Sayangku Combi
Penulis: Kreisya Reisya
Terbitan: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Blurb

Ya, nama sebenarku memang Combi. Combi binti Jofree. Nama yang diberikan oleh arwah nendaku. Dari kecil sehingga meningkat dewasa, masih ada yang mentertawakan namaku. Kata orang, perwatakan seseorang berkait rapat dengan nama yang diberikan. Jadi, aku ini dikira bolehlah masuk dalam program Maharaja Lawak dan yang sewaktu dengannya. Bukan begitu? Mereka susah-susah nak cari nama kumpulan atau sesuatu nama yang sesuai, aku tak perlu itu semua. Tak payah susah-susah nak fikir. Dengar atau sebut sahaja namaku, ada yang nak ketawa dan cuba-cuba menahan ketawa. Yang tak percaya pun ada, sedih tau!

Apa pun yang pasti, aku pun melalui suka duka dan warna-warna kehidupan seperti biasa. Sama seperti insan-insan yang mempunyai nama-nama 'normal' yang lain. Dunia pekerjaan, percintaan, kekeluargaan, sama sahaja dengan kehidupan manusia-manusia normal yang lain. Di sini kisahku... insan yang diberi nama Combi... Combi pun Combilah...

Sunday, November 13, 2016

Cinta Dorayaki

Tajuk: Cinta Dorayaki
Penulis: Izza Aripin
Terbitan: Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!"
"Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu."
"Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!"

 Malangnya buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu.

 Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk isteri?

 Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya. Namun, dialah tempat Durrah bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita.

 Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa.

 Antara Lanun dengan Gajah, 'Dorayaki' nak pilih siapa?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap bab menarik dan tidak meleret. :D

Saturday, April 2, 2011

Puteri Cinta


Tajuk: Puteri Cinta
Penulis: Kreisya Reisya
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd

[Petikan blurb]

SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi.

Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya Dia yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa.

Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cerita yang menarik & penuh dgn perkara yg tak terduga. Pertama kali hero hanya muncul di saat akhir cerita...ataupun mungkin hero tidak semestinya bergandingan dgn heroin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails