nuffnang

Showing posts with label PTS Litera Utama Sdn Bhd. Show all posts
Showing posts with label PTS Litera Utama Sdn Bhd. Show all posts

Sunday, November 17, 2019

Pilih Lesen Apa?

Tajuk: Pilih Lesen Apa?
Penulis: Umi Danial
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Blurb

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?

Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM! Alya tidak perlu sibuk belajar lagi. Tidak perlu buka buku lagi! Sukanya! Mahu lakukan aktiviti apa sepanjang tiga bulan ini? Perlu buat pilihan!


Kata ibu, belajar memasak dengannya. Kata kakak, pergilah mencari pengalaman baru. Kata abang... abang tidak membantu langsung! Kata nenek, ambillah lesen motosikal. Kata ayah, pilihan di tangan Alya.


Apakah pilihan yang diambil oleh Alya?

Saturday, November 24, 2018

Si Gadis-gadis Pilihan Kedua

Tajuk:Si Gadis-gadis Pilihan Kedua
Penulis:Elisha
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn Bhd


Kesinambungan kisah Alyah, dan rakan-rakannya. Alyah, gadis sederhana tinggal serumah dengan Siti Kalsom dan Intan Sara. Siti Kalsom bekerja di syarikat minyak wangi, manakala Intan Sara bekerja sendiri. Mereka berdua sering bergaduh dan Alyah yang terpaksa menjadi orang tengah.

Alyah yang belajar di Kolej Seni Pahala (KOSLA) diberi tugasan menulis novel berkenaan bangunan. Dia sama kumpulan dengan Kamarul Adlan, seorang yang suka menyalahkan orang lain, Zet Adami yang suka bermain dram, dan Zulkhair Rostom yang pendiam. Alyah menjadi ketua kumpulan dan terpaksa berhadapan dengan perangai aneh ahli kumpulannya. Pilihan kedua terpaksa dibuat selepas terjadi suatu kejadian di lapangan kerja. Itu pun selepas Alyah memberi pilihan kepada kumpulan itu.  
 
Mahu tahu pilihan kedua itu? Dapatkan Si Gadis-Gadis... Pilihan Kedua.

Saturday, July 21, 2018

Sebelas Patriot

Tajuk:Sebelas Patriot
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn Bhd

https://pts.com.my/buku/sebelas-patriot/

Sebelas Patriot adalah kisah yang menggetarkan hati dan menyuntik inspirasi, berkisar perihal cinta seorang anak, pengorbanan seorang ayah, dan kegigihan menggapai impian. Cinta seorang anak bukan sekadar patuh kepada permintaan orang tua, tetapi menunaikan mimpi-mimpi lama yang terkubur di tengah jalan. Pengorbanan seorang ayah bukan sekadar zahir kasih sayang, tetapi jauh melangkau sekatan dunia demi kesenangan generasi masa hadapan. Gigihnya Ikal menggapai impian sang ayah berbekalkan cinta dan pengorbanan yang mengalir dalam diri sejak azali. Mampukah sang ayah tersenyum kembali?

Saturday, June 2, 2018

Misi Hero

Tajuk: Misi Hero
Penulis: Hilal Asyraf
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn Bhd


Gelaran anak yatim piatu benar-benar menghantui Akmal. Bersendirian menjalani hidup di Kompleks Tuju Penyayang bukanlah impian hidupnya. Ditambah pula dengan kehadiran tiga orang pembuli yang sentiasa mencari masalah dengannya, Akmal mula hilang keyakinan diri dan mempersoalkan hidupnya yang sentiasa dirundung malang. Namun, satu kemalangan ngeri yang menimpa dirinya membuatkan hidupnya berubah sama sekali. Kehadiran Sang Hero yang membawa perkhabaran tentang Elemen Baru dan punca kematian ibu bapanya membuatkan Akmal diburu oleh penjenayah antarabangsa. Tanpa gentar, Akmal bangkit dan muncul sebagai Hero sebenar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails