nuffnang

Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Thursday, February 7, 2019

Jibril

Director: Megat Sharizal
Script Writer: Eddie Mazlan
Cast: Aeril Zafrel, Sangeeta Krishnasamy, Lisa Surihani, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Amar Asyraf, etc
No. of episodes: 10

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Jibril_(drama))


Mengisahkan seorang peguambela, Jibril Azym yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Terdapat juga kisah lampau yang menunjukkan bagaimana Jibril memilki sifat luar biasa tersebut. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan. Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri. Jibril dibantu oleh pembantunya yang juga seorang peguam iaitu Jackie.
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








Thursday, October 11, 2018

Wheely

Director: Carl Mendez, Yusry Abdul Halim
Script Writer: Akhmal Nahar, Archie Nasution, Ezrie Gazali, Rizal Busu
Cast: Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Lisa Surihani, Norman Abdul Halim etc

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Wheely_(filem))


Selepas kemalangan yang benar-benar buruk, Wheely telah diturunkan dari pelumba baru ke pusat bandar kab dengan gunung hutang dan ego yang lebam. Punca kemalangan itu adalah tidak lain daripada Putt Putt, penggemar falsafah/Feng Shui pengamalnya menjadi sahabat terbaik. Semuanya baik-baik saja sehingga Wheely jatuh "kepala roda atas" ke atas Bella, seorang supermodel dari echelons atas masyarakat. Untuk membuat keadaan lebih buruk... dia mempunyai teman lelaki! Nasib baik untuk Wheely, Bella mendapati wataknya pintar, ghetto-seperti, watak lucu-lelaki yang menarik .... tetapi sebelum dia mendapat peluang untuk mengenali dia lebih baik, teman lelakinya yang tersangkut Ben, mendapat di jalan. Dan itu bukan semua.... Wheely menghadapi masalah yang lebih besar apabila gadis impiannya mendapat kereta yang dicetuskan oleh sindiket global yang dikuasai oleh trak roda 18, Kaiser. 
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Saturday, February 14, 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia



Director: Bernard Chauly
Scipt Writer: Rafidah Abdullah
Novel Writer: Anis Ayuni
Cast: Nur Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Eja, Lisa Surihani, etc

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Manisnya_Cinta_Di_Cappadoccia_(filem))

Ifti Liyana (Nur Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josian Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.

Ifti merupakan "mama" kepada anak-anak kakaknya, Aida (Eja) yang telah meninggal dunia akibat kanser. Suami kakaknya, Bakhtiar (Faizal Hussein) yang gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik, ingin memulakan hidup baru dengan Ifti. Pertemuan pertama Ifti dengan Nazmi (Shaheizy Sam),seorang pemandu bas telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami.

Datin Noor (Erma Fatima) menugaskan Ifti dan rakan karibnya, Dhivia (Rafidah Abdullah) untuk mencari perabot rumahnya di Turki. Ifti terserempak dengan Nazmi di sana.

Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





 

Saturday, December 8, 2012

Istanbul Aku Datang!


Director: Bernard Chauly
Cast: Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat Amdan
Synopsis: (http://buzzera.blogspot.com/2012/01/sinopsis-istanbul-aku-datang.html)

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lisa Surihani

Lisa Surihani & Beto Kusyairy

Tomok & Lisa Surihani

Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu


Pengarah: Osman Ali
Pelakon: Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae
Sinopsis: (http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Ombak_Rindu_1064)

filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails