nuffnang

Showing posts with label Amerul Affendi. Show all posts
Showing posts with label Amerul Affendi. Show all posts

Sunday, November 18, 2018

Langsuir

Director: Osman Ali
Script Writer: Osman Ali
Cast: Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Julia Farhana Marin, Remy Ishak, Amerul Affendi, etc

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Langsuir_(filem))


Langsuir mengisahkan tentang sekumpulan sahabat, Azlan (Syafiq Kyle) dan rakan-rakannya telah berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Di sana Azlan berkenalan dan kemudiannya jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Suri (Hannah Delisha) tanpa mengetahui dia sebenarnya adalah langsuir yang mendiami pulau tersebut. 

Rakannya, Zaman yang irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri bagi melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. 

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri yang nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. 
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Saturday, February 24, 2018

Kekasih Elektrik

Director: Razaisyam Rashid
Script Writer: Nazri M. Annuar
Cast: Redza Minhat, Siti Saleha, Amerul Affendi, Azman Hassan, Megat Sharizal, Fahad Iman, Bront Palarae, Beto Kusyairy, etc

Synopsis: (http://www.myinfotaip.com/2017/03/kekasih-elektrik.html)


Kisah Amri, seorang novelis dikunjungi oleh seorang gadis misteri yang muncul secara tiba-tiba di kedainya. Namun, hanya dia sahaja yang boleh melihat gadis tersebut yang juga kehilangan memori.

Amri seorang lelaki yang tidak percaya kepada cinta. Bagaimanapun cinta itu kemudiannya datang tanpa sengaja dalam kehidupan Amri selepas dia terbabit dalam insiden kemalangan renjatan elektrik.

Bagaikan penghubung, renjatan elektrik tersebut menghadirkan Puspa dalam kehidupan Amri.

Istimewanya, hanya Amri yang mampu memahami Puspa, melayani masalah Puspa dan mengesan aura cinta dalam perhubungan itu.

Adakah Amri akan tunduk kepada cinta yang muncul setelah kehadiran Puspa dan bagaimana nasib Puspa yang hadir bagaikan misteri itu dalam kehidupan Amri?

Mungkinkah itu sekadar imaginasi Amri dalam memahami erti sebuah cinta?
   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

Wednesday, February 14, 2018

Gadis Kosmos

Pengarah: Razaisyam Rashid
Penulis Skrip: Nazri M.Annuar
Pelakon: Beto Kusyairy, Mimi Lana, Redza Minhat, Amerul Affendi, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Aloy Paradoks, etc.

Sinopsis: (https://www.myinfotaip.com/2017/12/gadis-kosmos.html)

Bart dan Amri kini di fasa perpisahan dengan pasangan mereka. Fenomena aneh berlaku di mereka berjumpa dengan seorang wanita cantik bernama Lily yang beritahu dia sebenarnya dari angkasa lepas.
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails