Director: Mohamed Feroz Abdul Kader
Cast: Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman
Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie
Rashid (Kak Zah)
Synopsis: (http://meanshiney.blogspot.com/2012/09/sinopsis-drama-adam-dan-hawa.html)
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah
tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin.
Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran
di peringkat lebih tinggi. Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain
telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya
macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat
MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita
Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa
hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh
berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi
membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela. Timbullah
perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri
seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh
bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka
berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih
membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik
kalbu pulak). Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri
dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain
sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah
bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan
Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar
bersama dan cinta mereka kembali bertaut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aaron Aziz
Nadya Nissa
Anzalna