nuffnang

Wednesday, March 18, 2020

Saturday, February 29, 2020

7 Netizen

Pengarah: Jamal Khan
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon: Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Azri Sabri, Aepul Roza, Kak Girl, Mat Over.

Sinopsis: (https://gempak.com/berita-terkini/selebriti-jadi-sasaran-7-netizen-punca-kematian-seorang-lelaki-28704)

Buli siber semakin meningkat di kalangan pengguna laman sosial atau netizen.

Bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari ia penyebab kepada mangsa buli untuk mengalami kemurungan atau depresi.

Seperti Telefilem berjudul 7 Netizen yang akan ditayangkan di Astro Citra (saluran 131), kecaman yang dilakukan di alam maya telah menjadi punca kematian seorang lelaki.

Namun ia tidak tamat disitu sahaja kerana adik kepada lelaki mangsa buli tersebut, Alif telah mencari identiti sebenar tujuh orang netizen yang terlibat membuli abang kesayangannya di media sosial sehingga membunuh diri.

Malah, seorang demi seorang dari mereka telah dibunuh dengan kejam!

Nadia, ketua kumpulan 7 Netizen meminta ahlinya untuk berhenti tetapi nasi telah menjadi bubur. Mereka terus diburu dan dibunuh.

7 Netizen bergiat aktif mengecam dan menyebarkan sesuatu yang tak pasti di media sosial dan menjadikan artis sebagai sasaran mereka.

Dalam pada itu, Nadia telah meluahkan segalanya kepada Alif, lelaki yang dicintainya. Tetapi kini Nadia adalah buruan iaitu netizen yang terakhir.



Aku Mahu Saiz XL

Tajuk: Aku Mahu Saiz XL
Penulis: Ain Maisarah, Mama Bella
Terbitan: Blink Book Sdn Bhd

Blurb

Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!
 
Liyana Jasmot, Umie Aidah & Nurismimi – Obses menjaga badan, kini terikat menjalani Program Skim Paksaan Makan. Digoda dengan hidangan buffet lima bintang. Mungkinkah mereka menahan nafsu makan? Ataupun akhirnya akur saiz hanyalah persepsi masyarakat?
 
Aaron Hamirun – Diejek papan plywood bergerak. Tubuhnya sekeping tiada otot berombak. Lalu jamu ditelan dan suplemen protein disumbat. Dia perlu besarkan badan bagi mendapat gelaran Abang Ketul berotot hebat. Mampukah impiannya tercapai?
 
Syazel Zulkarnain – Depresi kerana pemergian Mimi Monira. Kini coklat dan aiskrim jadi teman setia. Tanpa sedar, badannya melebar! Mencapai saiz XXL yang merbahaya. Hingga membawa insiden jatuh meja! Syazel bergelut mengurangkan berat badan. Dia mahu turun saiz XL, itu matlamat utama!
 
Mampukah segala kemahuan dicapai? Ketahui kisah Aku Mahu Saiz XL, novel berinformasi buat semua!

Sunday, January 12, 2020


 

Saturday, November 30, 2019


Monday, November 25, 2019

Frozen 2

Director: Chris Buck, Jennifer Lee
Script Writer: Jennifer Lee
Cast: Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad, Rachel Matthews, etc

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt4520988/)



Anna, Elsa, Kristoff, Olaf and Sven leave Arendelle to travel to an ancient, autumn-bound forest of an enchanted land. They set out to find the origin of Elsa's powers in order to save their kingdom.
     ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sunday, November 17, 2019

Pilih Lesen Apa?

Tajuk: Pilih Lesen Apa?
Penulis: Umi Danial
Terbitan: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Blurb

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa perlu membuat pilihan. Mahu makan apa? Mahu pergi ke mana? Mahu pakai baju merah jambu yang sweet atau baju biru yang cool? Keputusan perlu diambil. Apakah pilihan terbaik pada ketika itu?

Seronoknya sudah habis peperiksaan SPM! Alya tidak perlu sibuk belajar lagi. Tidak perlu buka buku lagi! Sukanya! Mahu lakukan aktiviti apa sepanjang tiga bulan ini? Perlu buat pilihan!


Kata ibu, belajar memasak dengannya. Kata kakak, pergilah mencari pengalaman baru. Kata abang... abang tidak membantu langsung! Kata nenek, ambillah lesen motosikal. Kata ayah, pilihan di tangan Alya.


Apakah pilihan yang diambil oleh Alya?

Saturday, November 9, 2019

Benar Bagai Dikata

Tajuk: #2 Zine Benar Bagai Dikata
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Dear Novels Sdn Bhd

Blurb

Hilya bukan keluarga Tengku-Tengku, tapi dia tersangku juga dengan Tengku. Mulanya dengan Tan Sri Tengku Irsyad, majikannya yang rupanya ada pertalian darah dengannya juga. Lepas itu kenal pula dengan cucu Tengku itu, Datuk Tengku Israr Adam.

"Hilya kahwin dengan Israr ya. Jadi cucu datuk."
"Tak naklah."
"Kenapa?"
"Sebab, saya nak anak!"
"Sembilan bulan lepas kota menikah, you akan ada anak."

Israr tak pernah pun ada niat hendak berkahwin dalam masa terdekat ini. Baginya, syarikat keluarganya lebih penting. Sebab dia ada matlamat yang perlu dicapai. Tapi, bila datuknya dah sua idea baru, dia pun apa lagi, ikutkan sajalah. Tambah pula dia rasa Hilya tak macam gadis-gadis yang dekatinya. Orang biasa-biasa yang jual mahal macamlah dia ada-ada.

Israr mula tunjuk minat. Bila Israr dah berminat, memang tidaklah untuk dia lepas Hilya begitu saja. Apa nak jadi, jadilah. Dia tetap nak kahwin dengan Hilya, tapi tak pernah rancang untuk jatuh cinta kepada isterinya sendiri.

Tapi, benar bagai dikata, cinta datang dengan tiba-tiba, lalu merubah segala-gala.

Thursday, October 10, 2019


Sunday, September 29, 2019


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails