nuffnang

Saturday, July 13, 2019



Saturday, June 29, 2019

Krisalis

Judul: Krisalis
Penulis: Nabil Fariz Aiman
Terbitan: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Blurb


Krisalis merupakan sebuah akademi pendidikan elemental bagi para pelajar yang berbakat dan cemerlang. Bagi Razlan, Krisalis membantunya lari daripada kisah silamnya. Seorang pelajar yang serba sederhana, apa yang diinginkan oleh Razlan hanyalah menamatkan pengajian dan kemudian mengubah nasib dirinya dalam kehidupan yang aman damai. Namun, semua itu berubah apabila rakan karibnya, Helena diculik dan Razlan terpaksa keluar dari kepompong keselesaan dan kesederhanaannya itu demi menyelamatkan rakannya itu. Dari situlah dia bertemu dengan Suraya, gadis dari Darmenia Sahara yang turut serta dalam pengembaraan Razlan dan sedikit sebanyak mengubah persepsi hidup Razlan yang serba sederhana itu. Siapakah sebenarnya dalang di sebalik penculikan itu? Mengapakah Suraya mahu mengikut Razlan untuk menyelamatkan Helena? Apa yang pasti, penculikan itu hanyalah satu titik tolak kecil bagi sebuah pengembaraan epik yang baru sahaja bermula.

Sunday, June 9, 2019


Wednesday, June 5, 2019


Thursday, May 30, 2019


Monday, May 20, 2019


Saturday, May 11, 2019


Sunday, April 14, 2019

TD3: Kawan

Judul: TD3: Kawan
Penulis: Busu Najib
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd

Salman begitu teringin memiliki kod rahsia bagi memudahkan pengembaran dia dan kawan-kawan ke dunia digital. Dia berusaha memujuk Badrul agar memberikan kod rahsia tetapi gagal. Salman tidak berputus asa. Dia cuba mencari sumber yang lain. 

Salman berkenalan dengan ramai kawan-kawan siber. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia berjumpa seorang kawan siber yang juga boleh membantunya mengembara ke dunia digital tanpa bantuan Badrul.

Memiliki ramai kawan adalah suatu yang baik untuk perkembangan diri dan sahsiah. Tahukah apa yang berlaku kepada Salman apabila mendapat kawan baru? Kenalilah siapa kawan-kawan Salman melalui Terowong Digital 3: Kawan.

Saturday, April 13, 2019


Sunday, April 7, 2019

Lelaki Kelas Sebelah

Director: Hadith Omar
Script Writer: Rehal Nuharis
Cast: Ismail Izzani, Nabila Razali, Luqman Hafidz, Alya Iman Azmil Mustapha, Najua Nasir, Datin Nina Juren, etc

Synopsis: (https://ms.wikipedia.org/wiki/Lelaki_Kelas_Sebelah)


Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan (Luqman Hafidz). Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah (Najua Nasir) dan Mira (Alya Iman) tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja. Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya. Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails