Director: Heykal Hanifah
Script Writer: MF Kencana
Cast:
Syafiq Kyle, Niena Baharun, Ahmad Iswazir Ismail, Kamal Sumbu, Nina Iskandar, Awi Rafael, Syed Mohamad Asri,
etc
Synopsis: (https://www.myinfotaip.com/2016/12/kalau-aku-kaya-tv3.html)
Mengisahkan Din seorang yang pemalas bekerja, tinggal menumpang dirumah
pakciknya, Leman Kering. Dia hanya berangan mahu jadi kaya, tetapi malas
berusaha. Leman Kering menangung segala makan dan minum Din yang hanya
tahu menghabiskan makanan di rumah. Disebabkan hilang kesabaran, dia
telah menghalau Din dari rumahnya. Din menjadi orang gelandangan.
Ketika bersama-sama dengan gelandangan yang lain, dia masih lagi tidak
mengubah tabiatnya buruknya yang suka berangan menjadi kaya. Lagu 'Kalau
Aku Kaya' sering dinyanyikan saban malam kerana dia yakin suatu hari
nanti dia akan kaya seolah-olah mengharapkan sejumlah wang gugur dari
langit. Hinggalah suatu hari, ketika dia sedang mencari barangan untuk
dikitar semula, dia ternampak satu bungkusan hitam yang agak besar.
Apabila dia mendekati, dia terkejut kerana dalam bungkusan itu, terdapat
sejumlah wang yang banyak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~