nuffnang

Monday, August 8, 2016

Sunday, July 31, 2016


Saturday, July 30, 2016

Lain Penerbit Lain Kriteria


Lain penerbit lain kriteria yang diperlukan!
Selidik terlebih dahulu sebelum menghantar manuskrip :)

Thursday, July 28, 2016

Aku Mahu Seoul Mate

Tajuk: Aku Mahu Seoul Mate
Penulis: Ain Maisarah, Rashiela Nurain
Terbitan: Blink Book Sdn Bhd

Demam Korea dan K-POP melanda Sri Bangsar!

Satu sekolah kecoh apabila Pusat Sumber Sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan ke Korea. Ina yang memang fanatik habis, tidak melepaskan peluang menyertai. Tuah menyebelahi, dia berjaya menang apabila slogan yang dicipta menarik hati juri. Namun malangnya, dia perlu pergi ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga, musuh paling ketatnya!

Siapa sangka... Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia boleh menang peraduan berunsurkan buku dan ilmiah?

Ina gelisah, Fazura senyum penuh makna. Ina baru pertama kali ke Korea, Fazura pula sudah berkali-kali ke sana. Penerbangan Fazura ke Korea kali ini juga membawa misi. Dendam The Wannababes kepada Ina dan Farah masih berapi.

Namun semua bertukar 360 darjah selepas Ina dan Fazura makan biskut rahsia. Apa misteri di sebalik biskut yang dimakan itu? Benarkah kerana biskut itu Ina dapat bertemu lelaki Korea pujaan hatinya? Fazura ptula menerima nasib yang tidak pernah disangka-sangka? Semuanya akan terjawab dalam Aku Mahu Seoul Mate.

Sunday, July 17, 2016


Suha Kuasa Tiga

Tajuk: Suha Kuasa Tiga
Penulis: Bikash Nur Idris
Terbitan: Fajar Pakeer Sdn Bhd

"Bila bersedih, bila bermasalah, bila perlukan seseorang... kawanlah yang kita akan cari. Kawan akan faham. Kawan akan tenangkan. Kawan akan ada di sisi. Masa tu... awak akan sangat perlukan kawan. Awak kena rasa sesuatu, sebagai kawan, untuk buat apa saja yang perlu untuk kawan tu. Rasa tu... kena ada."

Kebetulan, nama mereka ada dekatnya. Nasuha, Suhaid dan Suhail. Namun, nama yang dekat, bakalkah memungkinkan dekatnya hubungan sebagai kawan?

Tet! Salah sama sekali! 

Nasuha sangat tidak sukakan Suhail, hanya kerana Suhail bersikap kurang diajar kepadanya pada hari pertama dia mendaftar di sekolah itu. Dia tidak benci, tapi dia sangat tidak suka. Jadi, Suhail musuh peribadinya. Sedang Suhaid, yang hampir sama adalah kawan tersayang. Walaupun dia hairan, bagaimana satu huruf belakang itu boleh ubah perasaannya, tapi itu hakikat.

Jadi, macam mana nak jawab soalan yang musuh peribadi soal ini, "Kalau macam tu, awak sudi jadi kawan saya?" Tambah pula bila Suhail mula cuba berbaik dengan Nasuha dan Suhaid, sampai wujudnya satu jeritan yang dari kamopi sukaneka. "Suha Kuasa Tiga!"

Mahukah Nasuha terima Suhail sebagai kawan, apabila dia sudah ada Suhaid? Akan berubahkah satu huruf akhir di belakang nama itu?

Thursday, July 14, 2016

Tony 10

Director: Mischa Kamp
Script Writer: Mieke de Jong 
Cast: Faas Wijn, Jeroen Spitzenberger, Rifka Lodeizen, Annet Malherbe, etc.

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt1691343/)

A family film which tells the unlikely and timeless story about almost ten year old Tony, whose father rises from being a crane driver to Secretary of State. As a result his parents get divorced and Tony does everything he can to bring them back together. He even calls in the help of the queen.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Saturday, July 9, 2016

Buffy The Vampire Slayer

Director: Fran Rubel Kuzui
Script Writer: Joss Whedon
Cast: Kristy Swanson, Luke Perry, Donald Sutherland, Paul Reubens, Rutger Hauer, Hilary Swank, David Arquette, etc

Synopsis: (https://www.imdb.com/title/tt0103893/)


A flighty teenage girl learns that she is her generation's destined battler of vampires.
   ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kristy Swanson
Luke Perry

Cik Zorro Lambretta Jambu

Tajuk: Cik Zorro Lambretta Jambu Penulis: E-man Dhani Terbitan:  PTS One Sdn Bhd

Nama saya Zorro.

Nama ini bukan nama sebenar saya.
Nama sebenar saya jauh lebih anggun. Nama sebenar? Rahsia.


Saya punya misi iaitu mendapatkan lesen memandu kelas B dalam masa enam puluh hari. Apabila saya mempunyai lesen, saya dapat memandu Harley Davidson milik abang untuk ke tempat kerja. Namun kenyataan selalunya tidak seindah angan-angan. Harley Davidson yang didamba bertukar kepada Lambretta.

Mampukah saya berdikari dengan bantuan Lambretta jambu ini? Mari baca diari saya! 


Wednesday, July 6, 2016

Sunday, July 3, 2016


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails